Bagaimana hendak menandatangani mesej anda Wikipedia:Tandatangan

Terdapat dua cara untuk menandatangani mesej atau komen anda:

1. Pada penghujung komen-komen anda, hanya taipkan empat tanda gelombang (~), seperti ini: ~~~~.

2. Jika anda sedang menggunakan pilihan kotak suntingan (ia kadang-kala muncul di atas skrin suntingan secara terpilih[1]), klik pada ikon tandatangan () untuk menambah empat tilde tersebut.

Tandatangan anda akan muncul selepas anda menyimpan perubahan yang dilakukan.

Keputusan yang sama akan diterima dalam kedua-dua kes ini. Menaip empat tilde akan menunjukkan yang berikut:

WikiteksKod paparanPaparan akhir
~~~~[[Pengguna:Contoh|Contoh]] ([[Perbincangan pengguna:Contoh|perbincangan]]) 19:11, 26 Januari 2020 (UTC)Contoh (perbincangan) 19:11, 26 Januari 2020 (UTC)

Disebabkan menaip empat tilde menambah masa dan tarikh kepada tandatangan anda yang dipaparkan, ini merupakan pilihan yang diutamakan untuk menandatangani mesej-mesej anda dalam perbincangan.

Menaip tiga tilde mengakibatkan yang berikut dipaparkan:

WikiteksKod paparanPaparan akhir
~~~[[Pengguna:Contoh|Contoh]] ([[Perbincangan pengguna:Contoh|perbincangan]])Contoh (perbincangan)

Disebabkan ini tidak meletakkan tarikh pada tandatangan anda, anda mungkin ingin menandatangani menggunakan kaedah ini apabila meninggalkan sebarang notis-notis umum pada laman pengguna atau perbinangan pengguna anda. Ini juga merupakan jalan pintas yang mudah (berbanding dengan kaedah menaip kod penuhnya) apabila anda ingin membekalkan sesuatu pautan pada laman pengguna anda.

Menaip lima tilde pula akan meletakkan tarikh berserta waktu dan tarikh semasa, tanpa menambah tandatangan anda, seperti yang berikut:

WikiteksKod paparanPaparan akhir
~~~~~19:11, 26 Januari 2020 (UTC)19:11, 26 Januari 2020 (UTC)

Sila ambil perhatian; jika anda memilih untuk menyumbang di Wikipedia tanpa menjadi pengguna log masuk, anda tetap harus menandatangani mesej-mesej anda. Dalam kes ini, alamat IP anda akan menggantikan nama pengguna anda.

Alamat IP anda mungkin kelihatan seperti ini: 192.0.2.58. Sesetengah pengguna lebih gemar menggunakan alamat IP mereka dan bukannya nama pengguna mereka kerana mereka berpendapat bahawa alamat IP dapat memberi lebih privasi. Namun sebenarnya, sebuah akaun yang berdaftar dengan sebuah nama memberi lebih perlindungan kepada identiti anda kerana alamat IP boleh dikesan oleh sesiapa sahaja. Alamat IP pengguna-pengguna berdaftar disembunyikan daripada paparan awam.

Ambil perhatian juga bahawa menandatangani secara manual dengan tag atau nama samaran tertentu seperti --anon tidak akan membekalkan lebih perlindungan privasi kepada anda, kerana alamat Ip anda masih disimpan dalam sejarah laman di Wikipedia. Ini juga mengakibatkan kesukaran kepada pengguna lain untuk berkomunikasi dengan anda. Jika anda memilih untuk menandatangani menggunakan cara ini, anda harus tetap menaip empat tilde: --anon ~~~~.

Lihat juga: (Inggeris) Penterjemahan wikiteks secara automatik dalam Bantuan.